Kerjaya kelab Sébastien Haller

Auxerre

Semasa kejohanan Piala Dunia B-17 FIFA 2011 pada 26 Jun 2011, Haller telah menandatangani kontrak pertamanya bersama kelab Auxerre selama tiga tahun.[3]

Menjelang musim 2012–13, beliau telah ditawarkan untuk menyertai skuad senior ketika di bawah pengendalian pengurus Jean-Guy Wallemme. Haller melakukan penampilan sulungnya pada 27 Julai 2012 pada perlawanan pembukaan Ligue 2 menentang Nîmes.[4]

Utrecht

Pada 24 Disember 2014, Haller telah diumumkan akan menyertai kelab Eredivisie, FC Utrecht sehingga ke penghujung musim.[5] Pada penghujung musim, Utrecht dilaporkan telah menandatangani Haller secara tetap.[6] Para peminat telah mengundi Haller sebagai pemenang Trofi Di Tommaso 2015 iaitu anugerah pemain terbaik Utrecht.[7]

Eintracht Frankfurt

Pada 15 Mei 2017, Haller telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama kelab Eintracht Frankfurt.[8] Semasa perlawanan akhir DFB-Pokal, Haller telah menjaringkan empat gol untuk Frankfurt sekali gus membantu pasukannya untuk menjuarai kejohanan itu di samping menandakan trofi pertama dirangkul oleh Haller dalam kariernya. Pada musim 2018-19, Haller telah menghasilkan 15 gol liga dalam 29 penampilan yang menyaksikan pasukannya menduduki tangga ketujuh liga.[9]Selain itu, beliau juga telah membantu sembilan jaringan gol untuk pasukannya di samping terlibat dalam 24 jaringan gol.[10]

West Ham United

Pada 17 Julai 2019, Haller telah menandatangani kontrak selama empat tahun bersama West Ham United.[11]

Pada 31 Julai 2019, Haller menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham dalam aksi persahabatan pra-musim menentang Hertha BSC yang berkesudahan West Ham menang 5-3.[12] Haller melakukan penampilan pertamanya di Liga Perdana Inggeris pada 10 Ogos 2019 yang menyaksikan pasukannya dibelasah 5-0 kepada juara bertahan, Manchester City.[13]

Pada 24 Ogos 2019, Haller menjaringkan gol pertama dan keduanya di Liga Perdana Inggeris ketika pasukannya meraih kemenangan 3-1 ke atas Watford.[14]

Pada 1 Januari 2020, Haller menjaringkan gol pertamanya pada tahun 2020 melalui sepakan gunting dengan gaya akrobatik ketika mengalahkan Bournemouth 4–0.[15]

Rujukan

WikiPedia: Sébastien Haller http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://www.sofoot.com/faut-pas-se-mentir-marquer-a... http://www.fnp.de/sport/eintracht/Sebastian-Haller... http://www.lemonde.fr/afrique/article/2016/08/15/a... http://www.lfp.fr/ligue2/feuille_match/76301 http://www.fcutrecht.net/nieuws/5420 http://www.footmercato.net/ligue1/info-fm-sebastie... http://www.telegraaf.nl/telesport/voetbal/fcutrech... http://www.voetbalprimeur.nl/nieuws/414282/fc-utre... https://www.bbc.com/sport/football/43854105